Selamat Hari Pekerja 2012



Warga sesi petang SMK Taman Daya 2 mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah "Pekerja Berinovatif , Penggerak Transformasi".

Selamat bercuti dan semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Tahniah SPM 2011


Sumber gambar : smktd2.com


Warga Sesi Petang SMK Taman Daya 2 mengucapkan tahniah atas kejayaan mendapat Anugerah Sekolah kategori Lonjakan Saujana dan Anugerah Sekolah Cemerlang kategori sekolah kerana mencapai sasaran (ETR) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011. Semoga SMK Taman Daya terus sukses dalam bidang akademik dan bukan akademik.