Selamat Hari Pekerja 2012



Warga sesi petang SMK Taman Daya 2 mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah "Pekerja Berinovatif , Penggerak Transformasi".

Selamat bercuti dan semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Tahniah SPM 2011


Sumber gambar : smktd2.com


Warga Sesi Petang SMK Taman Daya 2 mengucapkan tahniah atas kejayaan mendapat Anugerah Sekolah kategori Lonjakan Saujana dan Anugerah Sekolah Cemerlang kategori sekolah kerana mencapai sasaran (ETR) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011. Semoga SMK Taman Daya terus sukses dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Panaroma Sekolah
















sumber gambar : smktd2.com

Ujian Bulanan 1



Ujian bulanan 1 bagi tahun 2012 sesi petang akan diadakan pada minggu hadapan bermula pada 5 Mac 2012 hingga 7 Mac 2012. Warga SMKTD 2 sesi petang mengucapkan semoga berjaya dalam ujian tersebut dan mendoakan semoga para pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam ujian ini. InsyaAllah.


Aktiviti Kokurikulum dan Kelab / Persatuan / Sukan / Permainan Sesi Petang 2012

Berikut adalah makluman mengenai perjumpaan Unit Uniform dan Kelab / Persatuan / Sukan / Permainan bagi sesi petang.


Perjumpaan Unit Uniform 

Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Pakaian : Baju unit uniform masing-masing


Perjumpaan Kelab / Persatuan dan Sukan / Permainan

Hari : Khamis
Masa 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
Pakaian : Baju Kokurikulum

Larian Daya 2012




Pada 25 Februari yang lalu, SMK Taman Daya 2 telah mengadakan acara Larian Daya kali ke 9. Kehadiran para pelajar pada acara tersebut adalah amat menggalakkan. Tahniah diucapka kepada para pemenang yang mendapat pingat dan dapat menyumbangkan mata bagi rumah sukan masing-masing. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak PDRM yang telah membantu pihak sekolah mengawal lalu lintas bagi memastikan acara ini berjalan dengan baik.




















sumber gambar : smktd2.com